Sultan Abdul Samad
Diberi nama sebagai Raja Abd
Samad Bin Tengku Panglima Besar Raja Abdullah. Dengan kehendak ilahi Yang
Maha Esa, Di angkat darjatnya untuk menjadi pemerintah di Yang Dipertuan Negeri
Selangor.
Baginda sebelum ini bergelar
Tengku Panglima Besar Selangor mengambil gelaran selepas kemangkatan
ayahandanya. Setelah kemangkatan Paduka Sri Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum
Sultan Ibrahim Shah sekitar tahun 1857. Negeri Selangor tiada Yang Dipertuan
dan Raja Jumaat telah menjadi Pemangku Raja selama 2 tahun. Perlantikan baginda
sebagai Sultan Selangor Ke 4, adalah hasil dari desakan dan sokongan YAM Raja
Juma’at ibni al-Marhum Sultan Ja’afar ‘Ala uddin dari Lukut dan Raja Abdullah
dengan mendapat persetujuan dari 4 orang pembesar negeri yang lain memandangkan
almarhum merupakan warisan terdekat kepada Sultan ketiga Selangor iaitu Sultan
Muhammad Shah yang mangkat tanpa mewasiatkan siapa bakal menjadi pewaris kepada
kesultanan Selangor Seterusnya. Maka berlaku pertikaian antara istana dan pegawai
untuk memilih sultan berikutnya. Raja Muda Mahmud, Putera Gahara Almarhum
Sultan Muhammad pada masa itu terlalu muda untuk di angkat menjadi Sultan.
Maka baginda dikenali dengan
gelaran Paduka Sri Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Panglima Besar Raja
Abdullah Ibni Almarhum Sultan
Ibrahim Shah Ibni Almarhum Raja Lumu (Sultan Salehuddin Shah-Sultan
Selangor yang pertama) Ibni Almarhum Upu Daeng Celak@ Raja Tua (Yamtuan Muda
Riau yang kedua) Ibni Opu Ten Ri Burang Daeng Rilaga.
Baginda di puterakan di sekitar 1811, di Bukit
Melawati, Kuala Selangor tetapi sebaliknya berpindah ke Jugra, Kuala Langat
setelah menjadi Yang Dipertuan Selangor. Baginda telah mangkat pada 6 Februari
1898 ketika berusia 93 tahun dan memerintah Negeri Selangor selama 41 tahun dan
di makamkan di Makam DiRaja Jugra. Kuala Langat. Sebelum menaiki takhta
Selangor, baginda memegang gelaran Tengku Panglima Besar dan berkuasa di Kuala
Langat.
Zaman pemerintahan baginda merupakan zaman pergolakan perang saudara,
merebut takhta kerajaan dan kawasan oleh anakanda raja bergelar. Semasa
pemerintahan baginda telah melantik menantunya iaitu Tengku Dhiauddin atau
dikenali sebagai Tengku Kudin menjadi ‘Wakil Mutlaknya’ memerintah Negeri
Selangor. Kuasa Tengku Dhiauddin ini tidak diakui oleh pembesar-pembesar negeri
terutama Raja Mahadi yang menganggap Tunku Kudin sebagai orang dagang.
- Dianugerahkan Order of St Michael dan St George (KCMG) yang membawa gelaran Sir.
- Sultan Abdul Samad adalah ahli Durbar pertama, yang diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak.
- Semasa pemerintahan, Semenyih dan Beranang serta Broga dimasukkan ke dalam sempadan negeri Selangor. Sementara Lukut dikeluarkan dari jajahan negeri Selangor, diserahkan kepada Negeri Sembilan. Waris Sungai Ujong Dato ‘Kelana Sungai Ujong pada 30 Julai 1880 namun tidak mempersetujui akan ianya, akan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.
- Dalam masa pemerintahan, perusahaan bijih telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar pemiagaan yang penting hingga telah menarik orang-orang Cina untuk membuka lombong bijih bersama-sama dengan orang Melayu. Pada zaman itu juga, Kerajaan Inggeris telah campurtangan di dalam Negeri Selangor dan telah meletakkan seorang Residen British iaitu J.G. Davidson di selangor
- Memperkenalkan bendera dan jata negeri selangor serta membentuk Majlis Mesyuarat Negeri pada tahun 1877 berdasarkan kaedah barat dan mengikut panduan Residen Inggeris pada masa itu iaitu Bloomfield Douglas.
Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri yang pertama ialah Tunku Kudin
dan ahli-ahlinya iaitu :
1.
Kaptain
Bloomfield Douglas
2.
Raja Kahar,
Putera Sultan Abdul Samad (Raja yang menjaga Kajang)
3.
Tengku Panglima
Raja Berkat (Raja yang menjaga Kanchong)
4.
James Innes
(Pemungut cukai tanah dan Majistret Langat)
5.
Taukeh Yap Ah
Loy (Kapitan Cina di Kuala Lumpur)
6.
Saiyid Zain
(Wakil dan Pengurus Kebun-kebun Tengku Kudin)
Majlis Mesyuarat Negeri bersidang buat pertama kalinya di Klang pada 11
Jun, 1877 dan persidangan kali kedua telah diadakan pada 25 Jun 1877.
Sultan Abd Samad, yang dapat dikategorikan sebagai seorang Sultan yang
berdaulat, Berjiwa Rakyat dan berjiwa kental dalam menyelesaikan sesuatu
kepincangan yang melanda Negeri Selangor Sultan Abdul Samad suka mencemar duli
untuk bersua secara terbuka dengan rakyatnya dan menonton sabung ayam. Paduka
Sri Sultan Abbdul Samad amat malu takkala daerah-daerah didalam negeri Selangor
terdiri daripada Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Langat,
Sungai Sepang, Sungai Lukut, Sungai Linggi tidak bersatu di sebabkan pembesar
masing-masing. Terutamanya Sungai Bernam dibawah Raja Hitam Bin Raja Unos Ibni
Almarhum Sultan Ibrahim Shah yang dengan penuh yakin menyatakan bahawa Sungai
Bernam adalah milik nya dan merdeka dari Selangor dan jua Perak.
Keperibadian Sultan Abdul Samad yang harus di ketahui.
1.
Sultan Abdul
Samad menerima elaun $1000 daripada British dan tidak menentang, tetapi di
Pahang, Sultan Ahmad menentang, kerna mendapat elaun sedikit.
2.
Sultan Abdul
Samad hanya bersemayam di Sungai Langat yakni Jugra, walaupun pihak British
telah menyediakan kepada baginda sebuah Istana di Kuala Lumpur. Sebaliknya
Sultan Abdul Samad tidak ingin tinggalkan Jugra dan tidak mahu bersemayam di
Kuala Lumpur. Namun baginda akan singgah di Istana tersebut seandainya
melibatkan hal-hal negeri yang penting seperti pembukaan keretapi di Kuala
Lumpur.
3.
Sultan Abdul
Samad sendiri bercucuk tanam dan menyeru rakyat negeri Selangor untuk turut
serta dalam erti kata lain adalah Gagasan kearah aktiviti pertanian sebagai
mana yang dilakukan oleh anakanda baginda yakni Raja Muda Musa dan Cucuandanya
yakni Raja Suleiman kemudian bergelar Sultan Alauddin Suleiman Shah.
4.
Kaum keluarga
erabat diraja selangor suka dengan keperibadian Sultan Abdul Samad yang kasih
akan saudara mara dan tidak pentingkan diri. demikian jua rakyat yang menetap
di kawasan di Sungai Langat.
5.
Sultan Abdul
Samad sendiri memberi sumber kewangan kepada rakyat untuk bercucuk tanam.
6.
Sultan Abdul
Samad sendiri banyak menggunakan elaun sendiri bagi membuka kawasan pertanian,
pembina jalan kaki di Jugra – Bandar Temasya dan kawasan-kawasan di sekitar
Sungai Langat.
7.
Sultan Abdul
Samad telah menghulurkan sumber kewangan terhadap mangsa bencana alam di cina
dan indonesia turut serta memberikan sumbangan didalam pembinaan Victoria
Instituition.
8.
Sultan Abdul
Samad sendiri mencadang dan meluluskan pemberian Elaun kepada Kerabat Diraja
Selangor daripada British.
– Kebijaksanaan
Sultan Abdul Samad didalam menstabilkan ekonomi negeri selangor ketika akibat
tercetusnya perang Klang. Baginda telah membuka Bandar Temasha yang mana ketika
perangan saudara berlaku ianya melibatkan seluruh negeri selangor termasuk
negeri Perak, Pahang dan Sungai Ujong.
Semasa krisis
peperangan saudara Selangor dan Pelantikan Tunku Kudin.
Sultan Abdul
Samad tidak memihak kepada Tunku Kudin kerna Pegawai british sendiri menyatakan
bahawa Sultan Abdul Samad lebih mementingkan anak beranak dan kaum kerabat
diraja selangor.
Didalam perang
Klang, sebenarnya, Sultan Abdul Samad tidak terlibat secara langsung dan
menyeluruh, kerna baginda membiarkan kaum kerabat baginda sendiri
menyelesaikan. Namun Sultan Abdul Samad amat murka sekali dengan Raja Mahadi
takkala Raja Lijah, saudara Sultan Abdul Samad dan merupakan suri kepada Raja
Abdullah, bersama-sama anaknya Raja Abdul Rahman, datang menghadap Sultan Abdul
Samad memohon bantuan supaya menghalang Raja Mahadi.
Maka amanah dan
tanggungjawab untuk menghalang Raja Mahadi di berikan kepada Tunku Kudin untuk
menyelesaikan kerna Tunku Kudin adalah orang luar dan Raja Muda Kedah, faktor
yang membawa Sultan Abdul Samad memberikan tanggungjawab ini kepada orang luar
agar kerabat diraja Selangor tidak berselisih faham sesama sendiri akibat
perbuatan Raja Mahadi. Dengan jelas ianya adalah kebijaksanaa baginda,
yang kasih dan amat mementingkan kaum keluarga kerabat diraja selangor.
Punca
berlakunya Perang Klang.
Raja Mahadi
yang silap kerna menentang pembesar Klang pada ketika itu iaitu Raja Abdullah.
Raja Mahadi tidak bayar cukai kepada Raja Abdullah kerna masih beranggapan yang
Klang ni di bawah Raja Sulaiman Ibni Sultan Muhammad Shah. Sedangkan secara sah
nya bahawa Sungai Klang adalah di bawah pentadbiran Raja Abdullah. lebih-lebih
lagi takkala Raja Abdullah bersurikan Raja Lijah.
Menurut Raja
Budu B Raja Haji Ibni Sultan Ibrahim, menyatakan bahawa Raja Haji pernah
dilantik sebagai pembesar Sungai Klang selama 25 tahun, kemudian barulah Raja
Suleiman dilantik sebagai pembesar Sungai Klang selepas Raja Haji mangkat, dan
selepas Raja Suleiman mangkat, baru lah Raja Abdullah dilantik sebagai pembesar
Sungai Klang. Maka Raja Mahadi perlu lah mengikut segala dan menerima
pentadbiran yang dilaksanakan oleh Raja Abdullah yang telah dilantik oleh Raja
Yang Dipertuan Negeri Selangor. Jelas di sini, Raja Mahadi melanggar peraturan
raja-raja selangor.
Raja Mahadi
yang menyebabkan Raja Arfah putus tunang dengannya kerana tidak menghormati
Sultan Abdul Samad kerna diperkatakan bahawa Raja Mahadi berhasrat untuk
menjadi Sultan Selangor. Maka Sultan Abdul Samad mengahwinkan Tunku Kudin
dengan Raja Atfah demikian lah strategi Sultan Abdul Samad nagi mengawal
suasana politik didalam negeri selangor.
THU LE LAKE, HANOI VIETNAM
Merupakan
kebun binatang yang tidak terlalu luas, di
mana terdapat berbagai jenis reptil, seperti ular, buaya, dan
bunglon. Ada juga
singa, macan, macan tutul, monyet, beruang dan
gajah. Thu Le Lake di Hanoi ini adalah bangunan bekas
kedutaan Spanyol di Vietnam yang telah di pindah fungsikan.
Terdapat kuil kecil, sisa-sisa dari
peradaban masa lalu, namanya đến
Voi SUV.
Sejak tahun 2006, pihak pemerintah memutuskan untuk
menggunakan bagian dari taman untuk di bangun
bangunan-bangunan komersial yang kelola oleh pihak swasta (investasi) . Sekarang di Thu Le Lake memiliki karaoke, lapangan tenis, restoran, kafe, pub,
dan lain sebagainya.
Di Thu Le Lake,
terdapat perahu kecil untuk menyusuri bagian danau di Thu Le Lake, yang menjadikan
suasana di sini seperti di Spanyol, Park of the Buen Retiro di Madrid.
Gereja Katedral St. Yoseph
Paroki Santo Yoseph Katedral Pontianak
merupakan paroki
dari Gereja Katolik Roma di pusat Keuskupan Agung Pontianak. Pusat Paroki
Katedral Pontianak berada di Kelurahan Darat Sekip - Kecamatan
Pontianak Kota, di Kota Pontianak
- Kalimantan Barat. Bangunan gereja
pusat paroki ini, Gereja St Yoseph, merupakan gereja katedral
--tempat tahta uskup
Keuskupan Agung Pontianak; diresmikan pada 19 Desember 2014 oleh Gubernur
Kalbar Drs. Cornelis
MH, dan pemberkatannya direncanakan pada 19 Maret 2015 --bertepatan dengan
Pesta St. Yosef menurut kalender liturgi Katolik Roma.
Paroki Katedral Pontianak sejak awal dirintisnya sampai dengan saat ini
digembalakan oleh para imam dari ordo Kapusin
(OFMCap).
Pembangunan gereja pertama sebagai pusat paroki dimulai
sejak tahun 1908 oleh Prefek Apostolik Dutch Borneo Mgr. Pacificus
Bos, OFMCap
setelah pembelian tanah untuk membangun gereja, pastoran, rumah yatim-piatu, sekolah,
pemakaman,
dan susteran. Kemudian gereja tersebut diberkati pada 9 Desember 1909,
sekaligus berdirinya paroki secara resmi. Menjadi gereja katedral
sejak 17 November 1918 seiring dengan ditahbiskannya
Mgr. Pacificus Bos OFMCap menjadi Uskup Tituler Capitolias, merangkap Vikaris
Apostolik Dutch Borneo, dan paroki berubah menjadi Paroki Katedral
Pontianak.
Seiring perkembangan umat dan keadaan fisik bangunan gereja awal yang sudah
tidak layak, maka bangunan tersebut dirubuhkan pada tahun 2011 untuk dibangun
gereja baru yang berkapasitas 3.000 orang. Gereja St. Yoseph yang baru dibangun
dengan perpaduan arsitektur Romawi dan Timur Tengah. Ornamen bernuansa Dayak mendominasi
eksterior bangunan, dan interiornya didominasi nuansa khas Tionghoa
berpadu dengan gaya klasik Eropa; sementara arsitek yang merancang eksterior gereja baru, Ricky, adalah
arsitek Masjid Raya Singkawang --semakin
memperkuat kesan Kalbar yang multi etnis tempat umat berbagai agama hidup
berdampingan.
Gubernur Kalbar Drs. Cornelis MH meresmikan Gereja Katedral St. Yoseph yang
baru pada 19 Desember 2014 walau pembangunan belum terselesaikan sepenuhnya,
khususnya bagian eksterior dan halaman, agar dapat digunakan untuk Misa Natal 2014; Uskup Agung
Pontianak Mgr. Agustinus Agus turut hadir dalam acara
peresmian tersebut. Gubernur Cornelis mengklaim bahwa Gereja Katedral Pontianak
yang sekarang adalah bangunan gereja Katolik terbesar di Asia Tenggara.
0 komentar:
Posting Komentar