This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Selasa, 12 Mei 2015

Untuk Memenuhi Tugas



Sultan Abdul Samad
                Diberi nama sebagai Raja Abd Samad Bin Tengku Panglima Besar Raja Abdullah. Dengan kehendak ilahi Yang Maha Esa, Di angkat darjatnya untuk menjadi pemerintah di Yang Dipertuan Negeri Selangor.
Baginda sebelum ini bergelar Tengku Panglima Besar Selangor mengambil gelaran selepas kemangkatan ayahandanya. Setelah kemangkatan Paduka Sri Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah sekitar tahun 1857. Negeri Selangor tiada Yang Dipertuan dan Raja Jumaat telah menjadi Pemangku Raja selama 2 tahun. Perlantikan baginda sebagai Sultan Selangor Ke 4, adalah hasil dari desakan dan sokongan YAM Raja Juma’at ibni al-Marhum Sultan Ja’afar ‘Ala uddin dari Lukut dan Raja Abdullah dengan mendapat persetujuan dari 4 orang pembesar negeri yang lain memandangkan almarhum merupakan warisan terdekat kepada Sultan ketiga Selangor iaitu Sultan Muhammad Shah yang mangkat tanpa mewasiatkan siapa bakal menjadi pewaris kepada kesultanan Selangor Seterusnya. Maka berlaku pertikaian antara istana dan pegawai untuk memilih sultan berikutnya. Raja Muda Mahmud, Putera Gahara Almarhum Sultan Muhammad pada masa itu terlalu muda untuk di angkat menjadi Sultan.
Maka baginda dikenali dengan gelaran Paduka Sri Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Panglima Besar Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Raja Lumu (Sultan Salehuddin Shah-Sultan Selangor yang pertama) Ibni Almarhum Upu Daeng Celak@ Raja Tua (Yamtuan Muda Riau yang kedua) Ibni Opu Ten Ri Burang Daeng Rilaga.
Sultan Abdul Samad. SULTAN OF SELANGOR, KERIS BERUK BERAYUNBaginda di puterakan di sekitar 1811, di Bukit Melawati, Kuala Selangor tetapi sebaliknya berpindah ke Jugra, Kuala Langat setelah menjadi Yang Dipertuan Selangor. Baginda telah mangkat pada 6 Februari 1898 ketika berusia 93 tahun dan memerintah Negeri Selangor selama 41 tahun dan di makamkan di Makam DiRaja Jugra. Kuala Langat. Sebelum menaiki takhta Selangor, baginda memegang gelaran Tengku Panglima Besar dan berkuasa di Kuala Langat.
Zaman pemerintahan baginda merupakan zaman pergolakan perang saudara, merebut takhta kerajaan dan kawasan oleh anakanda raja bergelar. Semasa pemerintahan baginda telah melantik menantunya iaitu Tengku Dhiauddin atau dikenali sebagai Tengku Kudin menjadi ‘Wakil Mutlaknya’ memerintah Negeri Selangor. Kuasa Tengku Dhiauddin ini tidak diakui oleh pembesar-pembesar negeri terutama Raja Mahadi yang menganggap Tunku Kudin sebagai orang dagang.
  1. Dianugerahkan Order of St Michael dan St George (KCMG) yang membawa gelaran Sir.
  2. Sultan Abdul Samad adalah ahli Durbar pertama, yang diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak.
  3. Semasa pemerintahan, Semenyih dan Beranang serta Broga dimasukkan ke dalam sempadan negeri Selangor. Sementara Lukut dikeluarkan dari jajahan negeri Selangor, diserahkan kepada Negeri Sembilan. Waris Sungai Ujong Dato ‘Kelana Sungai Ujong pada 30 Julai 1880 namun tidak mempersetujui akan ianya, akan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.
  4. Dalam masa pemerintahan, perusahaan bijih telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar pemiagaan yang penting hingga telah menarik orang-orang Cina untuk membuka lombong bijih bersama-sama dengan orang Melayu. Pada zaman itu juga, Kerajaan Inggeris telah campurtangan di dalam Negeri Selangor dan telah meletakkan seorang Residen British iaitu J.G. Davidson di selangor
  5. Memperkenalkan bendera dan jata negeri selangor serta membentuk Majlis Mesyuarat Negeri pada tahun 1877 berdasarkan kaedah barat dan mengikut panduan Residen Inggeris pada masa itu iaitu Bloomfield Douglas.
Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri yang pertama ialah Tunku Kudin dan ahli-ahlinya iaitu :
1.         Kaptain Bloomfield Douglas
2.       Raja Kahar, Putera Sultan Abdul Samad (Raja yang menjaga Kajang)
3.       Tengku Panglima Raja Berkat (Raja yang menjaga Kanchong)
4.        James Innes (Pemungut cukai tanah dan Majistret Langat)
5.       Taukeh Yap Ah Loy (Kapitan Cina di Kuala Lumpur)
6.       Saiyid Zain (Wakil dan Pengurus Kebun-kebun Tengku Kudin)
Majlis Mesyuarat Negeri bersidang buat pertama kalinya di Klang pada 11 Jun, 1877 dan persidangan kali kedua telah diadakan pada 25 Jun 1877.
Sultan Abd Samad, yang dapat dikategorikan sebagai seorang Sultan yang berdaulat, Berjiwa Rakyat dan berjiwa kental dalam menyelesaikan sesuatu kepincangan yang melanda Negeri Selangor Sultan Abdul Samad suka mencemar duli untuk bersua secara terbuka dengan rakyatnya dan menonton sabung ayam. Paduka Sri Sultan Abbdul Samad amat malu takkala daerah-daerah didalam negeri Selangor terdiri daripada Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Langat, Sungai Sepang, Sungai Lukut, Sungai Linggi tidak bersatu di sebabkan pembesar masing-masing. Terutamanya Sungai Bernam dibawah Raja Hitam Bin Raja Unos Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah yang dengan penuh yakin menyatakan bahawa Sungai Bernam adalah milik nya dan merdeka dari Selangor dan jua Perak.
Keperibadian Sultan Abdul Samad yang harus di ketahui.
1.         Sultan Abdul Samad menerima elaun $1000 daripada British dan tidak menentang, tetapi di Pahang, Sultan Ahmad menentang, kerna mendapat elaun sedikit.
2.       Sultan Abdul Samad hanya bersemayam di Sungai Langat yakni Jugra, walaupun pihak British telah menyediakan kepada baginda sebuah Istana di Kuala Lumpur. Sebaliknya Sultan Abdul Samad tidak ingin tinggalkan Jugra dan tidak mahu bersemayam di Kuala Lumpur. Namun baginda akan singgah di Istana tersebut seandainya melibatkan hal-hal negeri yang penting seperti pembukaan keretapi di Kuala Lumpur.
3.       Sultan Abdul Samad sendiri bercucuk tanam dan menyeru rakyat negeri Selangor untuk turut serta dalam erti kata lain adalah Gagasan kearah aktiviti pertanian sebagai mana yang dilakukan oleh anakanda baginda yakni Raja Muda Musa dan Cucuandanya yakni Raja Suleiman kemudian bergelar Sultan Alauddin Suleiman Shah.
4.        Kaum keluarga erabat diraja selangor suka dengan keperibadian Sultan Abdul Samad yang kasih akan saudara mara dan tidak pentingkan diri. demikian jua rakyat yang menetap di kawasan di Sungai Langat.
5.       Sultan Abdul Samad sendiri memberi sumber kewangan kepada rakyat untuk bercucuk tanam.
6.       Sultan Abdul Samad sendiri banyak menggunakan elaun sendiri bagi membuka kawasan pertanian, pembina jalan kaki di Jugra – Bandar Temasya dan kawasan-kawasan di sekitar Sungai Langat.
7.        Sultan Abdul Samad telah menghulurkan sumber kewangan terhadap mangsa bencana alam di cina dan indonesia turut serta memberikan sumbangan didalam pembinaan Victoria Instituition.
8.       Sultan Abdul Samad sendiri mencadang dan meluluskan pemberian Elaun kepada Kerabat Diraja Selangor daripada British.
– Kebijaksanaan Sultan Abdul Samad didalam menstabilkan ekonomi negeri selangor ketika akibat tercetusnya perang Klang. Baginda telah membuka Bandar Temasha yang mana ketika perangan saudara berlaku ianya melibatkan seluruh negeri selangor termasuk negeri Perak, Pahang dan Sungai Ujong.
Semasa krisis peperangan saudara Selangor dan Pelantikan Tunku Kudin.
Sultan Abdul Samad tidak memihak kepada Tunku Kudin kerna Pegawai british sendiri menyatakan bahawa Sultan Abdul Samad lebih mementingkan anak beranak dan kaum kerabat diraja selangor.
Didalam perang Klang, sebenarnya, Sultan Abdul Samad tidak terlibat secara langsung dan menyeluruh, kerna baginda membiarkan kaum kerabat baginda sendiri menyelesaikan. Namun Sultan Abdul Samad amat murka sekali dengan Raja Mahadi takkala Raja Lijah, saudara Sultan Abdul Samad dan merupakan suri kepada Raja Abdullah, bersama-sama anaknya Raja Abdul Rahman, datang menghadap Sultan Abdul Samad memohon bantuan supaya menghalang Raja Mahadi.
Maka amanah dan tanggungjawab untuk menghalang Raja Mahadi di berikan kepada Tunku Kudin untuk menyelesaikan kerna Tunku Kudin adalah orang luar dan Raja Muda Kedah, faktor yang membawa Sultan Abdul Samad memberikan tanggungjawab ini kepada orang luar agar kerabat diraja Selangor tidak berselisih faham sesama sendiri akibat perbuatan Raja Mahadi. Dengan jelas ianya adalah kebijaksanaa baginda, yang kasih dan amat mementingkan kaum keluarga kerabat diraja selangor.
Punca berlakunya Perang Klang.
Raja Mahadi yang silap kerna menentang pembesar Klang pada ketika itu iaitu Raja Abdullah. Raja Mahadi tidak bayar cukai kepada Raja Abdullah kerna masih beranggapan yang Klang ni di bawah Raja Sulaiman Ibni Sultan Muhammad Shah. Sedangkan secara sah nya bahawa Sungai Klang adalah di bawah pentadbiran Raja Abdullah. lebih-lebih lagi takkala Raja Abdullah bersurikan Raja Lijah.
Menurut Raja Budu B Raja Haji Ibni Sultan Ibrahim, menyatakan bahawa Raja Haji pernah dilantik sebagai pembesar Sungai Klang selama 25 tahun, kemudian barulah Raja Suleiman dilantik sebagai pembesar Sungai Klang selepas Raja Haji mangkat, dan selepas Raja Suleiman mangkat, baru lah Raja Abdullah dilantik sebagai pembesar Sungai Klang. Maka Raja Mahadi perlu lah mengikut segala dan menerima pentadbiran yang dilaksanakan oleh Raja Abdullah yang telah dilantik oleh Raja Yang Dipertuan Negeri Selangor. Jelas di sini, Raja Mahadi melanggar peraturan raja-raja selangor.
Raja Mahadi yang menyebabkan Raja Arfah putus tunang dengannya kerana tidak menghormati Sultan Abdul Samad kerna diperkatakan bahawa Raja Mahadi berhasrat untuk menjadi Sultan Selangor. Maka Sultan Abdul Samad mengahwinkan Tunku Kudin dengan Raja Atfah demikian lah strategi Sultan Abdul Samad nagi mengawal suasana politik didalam negeri selangor.

THU LE LAKE, HANOI VIETNAM
Merupakan kebun binatang yang tidak terlalu luas, di mana terdapat berbagai jenis reptil, seperti ular, buaya, dan bunglon. Ada juga singa, macan, macan tutul, monyet, beruang dan gajah. Thu Le Lake di Hanoi ini adalah bangunan bekas kedutaan Spanyol di Vietnam yang telah di pindah fungsikan.
Terdapat kuil kecil, sisa-sisa dari peradaban masa lalu, namanya đến Voi SUV.














Sejak tahun 2006, pihak pemerintah memutuskan untuk menggunakan bagian dari taman untuk di bangun bangunan-bangunan komersial yang kelola oleh pihak swasta (investasi) . Sekarang di Thu Le Lake memiliki karaoke, lapangan tenis, restoran, kafe, pub, dan lain sebagainya.
Di Thu Le Lake, terdapat perahu kecil untuk menyusuri bagian danau di Thu Le Lake, yang menjadikan suasana di sini seperti di Spanyol, Park of the Buen Retiro di Madrid.




Gereja Katedral St. Yoseph
Paroki Santo Yoseph Katedral Pontianak merupakan paroki dari Gereja Katolik Roma di pusat Keuskupan Agung Pontianak. Pusat Paroki Katedral Pontianak berada di Kelurahan Darat Sekip - Kecamatan Pontianak Kota, di Kota Pontianak - Kalimantan Barat. Bangunan gereja pusat paroki ini, Gereja St Yoseph, merupakan gereja katedral --tempat tahta uskup Keuskupan Agung Pontianak; diresmikan pada 19 Desember 2014 oleh Gubernur Kalbar Drs. Cornelis MH, dan pemberkatannya direncanakan pada 19 Maret 2015 --bertepatan dengan Pesta St. Yosef menurut kalender liturgi Katolik Roma. Paroki Katedral Pontianak sejak awal dirintisnya sampai dengan saat ini digembalakan oleh para imam dari ordo Kapusin (OFMCap).
Pembangunan gereja pertama sebagai pusat paroki dimulai sejak tahun 1908 oleh Prefek Apostolik Dutch Borneo Mgr. Pacificus Bos, OFMCap setelah pembelian tanah untuk membangun gereja, pastoran, rumah yatim-piatu, sekolah, pemakaman, dan susteran. Kemudian gereja tersebut diberkati pada 9 Desember 1909, sekaligus berdirinya paroki secara resmi. Menjadi gereja katedral sejak 17 November 1918 seiring dengan ditahbiskannya Mgr. Pacificus Bos OFMCap menjadi Uskup Tituler Capitolias, merangkap Vikaris Apostolik Dutch Borneo, dan paroki berubah menjadi Paroki Katedral Pontianak.
Seiring perkembangan umat dan keadaan fisik bangunan gereja awal yang sudah tidak layak, maka bangunan tersebut dirubuhkan pada tahun 2011 untuk dibangun gereja baru yang berkapasitas 3.000 orang. Gereja St. Yoseph yang baru dibangun dengan perpaduan arsitektur Romawi dan Timur Tengah. Ornamen bernuansa Dayak mendominasi eksterior bangunan, dan interiornya didominasi nuansa khas Tionghoa berpadu dengan gaya klasik Eropa; sementara arsitek yang merancang eksterior gereja baru, Ricky, adalah arsitek Masjid Raya Singkawang --semakin memperkuat kesan Kalbar yang multi etnis tempat umat berbagai agama hidup berdampingan.
Gubernur Kalbar Drs. Cornelis MH meresmikan Gereja Katedral St. Yoseph yang baru pada 19 Desember 2014 walau pembangunan belum terselesaikan sepenuhnya, khususnya bagian eksterior dan halaman, agar dapat digunakan untuk Misa Natal 2014; Uskup Agung Pontianak Mgr. Agustinus Agus turut hadir dalam acara peresmian tersebut. Gubernur Cornelis mengklaim bahwa Gereja Katedral Pontianak yang sekarang adalah bangunan gereja Katolik terbesar di Asia Tenggara.